Budak 9 Tahun Meninggal Dunia Tercekik Buah Rambutan

Foto: Kosmo

MARAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut selepas tercekik buah rambutan di Kampung Sungai Ling di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, mangsa, Nur Iman Fitriah Muhamad Nizam disahkan meninggal dunia oleh Klinik Kesihatan Pekan Tajau, Maran kira-kira pukul 8 malam semalam.

“Doktor telah keluarkan buah rambutan dari mulut kanak-kanak tersebut dan jenazah dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat. Sebab kematian adalah salur penafasan tersumbat disebabkan oleh sesuatu objek (buah rambutan),” katanya di sini hari ini.

Norzamri berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah mangsa yang merupakan murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Pasir itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cempedak, Maran pagi tadi. 

Sumber: Kosmo