Bomba buah tangan baharu SonaOne

    Menjadi antara nama yang cukup delat dengan muzik hip-hop, hasil karya penyanyi SonaOne tidak pernah mengecewakan.

    Muncul dengan single berjudul Bomba, istimewanya mengenai lagu apabila dia menggabungkan tiga bahasa berbeza iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris dan Perancis.

    Bercakap mengenai lagu ini, jelas SonaOne antara kekuatan utama Bomba adalah melalui irama yang dibawakan bersesuaian dengan pendengar kini.

    “Ia karya yang menyeronokkan, ceria dan ada tiga bahasa; Ia memang saya”, kata SonaOne tentang lagu tersebut, sambil menekankan bahawa kekuatan lagunya adalah pada dinamik gabungan muzik serta bahasa.

    “Terdapat aliran lirik puitis serta baris-baris yang kerap diucap dalam Bahasa Inggeris, Melayu serta Perancis yang disampaikan dengan selingan bernuansa pop, R&B dan bunyian rap. Berteraskan sedikit unsur muzik kelab malam, ia mampu menonjol dan menjemput pendengar untuk sama-sama menikmatinya,” jelasnya.

    Merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh dirinya. Bomba juga menjadi lagu pengenalan buat album baharunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

    “ “Bomba” merupakan keluaran pertama dari albumnya yang bakal muncul  berjudul Freestyle Play. Album itu menjanjikan pendengar halwa telinga berkualiti.

    “Dari sudut sonik atau bunyi saya ingin pendengar merasai apa yang saya rasakan kala berada di studio semasa proses rakaman: Suatu situasi di mana dunia hanya terbatas dengan imaginasi, katanya.

    Tambahnya gabungan irama pop dan hip-hop juga memberi kelainan buat Bomba.
     
    “ “Bomba” merupakan intaian ke era yang baru, langkah pertama ke aras seterusnya. Kini pertemuan di antara pop dan hip-hop merupakan suatu kebiasaan dalam dunia muzik.

    “Namun saya tidak pernah berpuas hati dalam berkarya. Bersedialah untuk satu dunia baru. Andai terhidu api lekas hubungi “Bom-Bomba”. Tambahnya.