Bekas Pemain dan Jurulatih, Azraai Khor Meninggal Dunia

Bekas pemain dan jurulatih, Azraai Khor Abdullah, telah meninggal dunia pada usia 71 tahun di Alor Setar sebentar tadi.

Bekas pengendali skuad Harimau Muda A, Negeri Sembilan, Kelantan dan T-Team itu dilaporkan mengalami serangan strok.

Berita duka itu dikongsikan oleh anaknya, Firdaus Zainuddin di laman Facebook yang mengesahkan pemergian bapanya.

Beberapa hari yang lalu, arena bola sepak kehilangan bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali yang menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami sesak nafas.