Bayi maut jatuh dalam tong sampah

Berlakunya kejadian, Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut akibat lemas selepas terjatuh dari katil lalu tersembam dalam bakul sampah di rumah pengasuhnya di Taman Pasir Pinji, Ipoh kelmarin.

Kemudian laporan Berita Harian berkata, Bayi itu disedari terjatuh dari katil lingkungan jam 6.15 petang oleh pengasuhnya yang berusia 24 tahun dalam keadaan kepalanya berada dalam tong sampah di tepi katil.

Menurut, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata laporan berhubung kematian bayi itu diterima pada jam 8 malam hari kejadian yang dibuat pihak pengurusan sebuah hospital swasta.

Tambahnya , hasil siasatan awal mendapati bayi berkenaan dihantar oleh bapanya untuk dijaga oleh dua pengasuh, masing-masing berusia 45 dan 24 tahun, sejak anaknya itu berusia 30 hari.

“Kedua-dua pengasuh wanita itu tidak mengenali siapa ibu bayi berkenaan dan bapanya hanya datang melawat mangsa sebanyak empat kali sebulan.

“Pengasuhnya yang berusia 45 tahun bekerja pada hari kejadian dan sepanjang dia bekerja, bayi berkenaan dijaga oleh anak perempuannya yang berusia 24 tahun,” katanya dipetik oleh Berita Harian.

Kemudian, hasil siasatan awal juga mendapati mangsa baru pandai merangkak dan pada hari kejadian, pengasuhnya itu menidurkannya di atas katil dalam bilik dengan meletakkan bantal sebagai penghalang.

“Bayi itu ditinggalkan tidur di atas katil dengan dikelilingi bantal tinggi pada jam 5 petang dan 30 minit kemudian pengasuhnya ada menjenguk di bilik dan dapati mangsa masih tidur dalam keadaan baik.

“Pada jam 6.15 petang, pengasuhnya sekali lagi meninjau keadaan bayi itu dan mendapati mangsa jatuh dalam keadaan tertonggeng dalam tong sampah yang berada di tepi katil. Tiada sebarang bunyi atau tangisan didengari sebelum kejadian berlaku,” katanya.

A Asmadi berkata, semasa kejadian hanya pengasuhnya itu sahaja berada di rumah.

Katanya, hasil pemeriksaan bedah siasat mendapati sebab kematian adalah kerana ‘Asphyxza’ iaitu lemas.

“Bayi itu tertonggeng masuk ke dalam tong sampah dan darah terkumpul di paru-paru menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi,” katanya.

Bagaimanapun beliau turut berkata, pemeriksaan juga tidak menemui sebarang kesan penderaan atau elemen kecederaan lain pada tubuh mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan pengasuhnya kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.