Bayi 10 bulan ditinggalkan sendirian dalam buaian elektrik, maut dalam kebakaran

Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Bangkahulu, Gemas, dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.35 pagi Rabu, 19 Februari 2020. 
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal berkata, ketika kejadian itu berlaku mangsa, Siti Nur Aini Zulimi, ditinggalkan bersendirian dalam buaian elektrik oleh ibunya yang pergi ke Pejabat Pos Gemas pada jam 10.30 pagi. 
 
Sebelum keluar, ibu mangsa dipercayai ada meminta bantuan dari jiran untuk melihat anaknya jika menangis. 
 
Tidak lama selepas itu, si ibu menerima panggilan dari jirannya yang memberitahu rumahnya terbakar, lalu dia bergegas pulang ke rumah dan mendapati anaknya sudah tidak bernyawa. 
 
Ketika kejadian itu berlaku, bapa mangsa sedang bertugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas. 
 
Mayat mangsa melecur 30 peratus itu dihantar ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat. 
 
Sementara itu, bomba sedang menyiasat punca kebakaran menyebabkan kediaman itu musnah 60 peratus. Polis juga masih menjalankan siasatan. 
 
Sumber: Harian Metro

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...