Wanita Jepun sanggup bayar hampir RM40,000 bayar iklan kucing hilang di Thailand

SEORANG wanita Jepun sanggup berbelanja kira-kira 300,000 baht (RM38,172) bagi memasang papan-papan iklan di bandar Phuket demi mencari dua kucingnya yang hilang sejak November tahun lalu.

Menurut wanita yang ingin digelar Kim itu, sesiapa yang menemukan dua kucingnya akan diberi ganjaran sebanyak 30,000 baht (RM3,817) setiap seekor.

Pekerja wanita itu yang berasal dari Thailand, May berkongsi kepada wartawan bahawa majikannya mengimport empat kucing dari Jepun ke Thailand. 

Namun dalam satu kejadian, seorang penghantar barang terlupa menutup pintu sangkar lalu menyebabkan dua kucing terlepas.

Tama

Seekor kucing jantan berusia lima tahun bernama Goma dan seekor lagi kucing betina berusia enam tahun bernama Tama.

Kim dikatakan mempunyai hubungan rapat dan selalu menangis sejak kehilangan dua kucing tersebut. 

Dia juga kelihatan gagal menahan sebak semasa sesi temu ramah bersama wartawan.

Sumber: Kosmo, khaosod