Viral Budak ‘Terlebih Rajin’ Cat Motorsikal Jiran Sebelah Rumah Guna Cat Dinding

SEBUAH klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang budak lelaki mengecat motosikal milik jirannya menggunakan cat dinding berwarna putih, lapor laman berita Detik hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @nr_jenie. 

“Gelagat anak jiran, motosikal saya kena cat. Macam mana ni kawan-kawan?” demikian kapsyen video tersebut.

Rakaman memaparkan sebuah motosikal Yamaha X-Ride berwana biru yang diparkir di tepi rumah telah dilumuri cat putih sepenuhnya.

Pemilik motosikal itu menunjukkan seorang kanak-kanak berbaju merah yang mengecat motosikalnya. Dia dilihat tidak marah, namun meminta budak itu mengakui perbuatannya. 

Setelah dicuci selama berjam-jam, cat pada motosikal itu berjaya ditanggalkan namun masih terdapat sedikit kesan putih.

Sumber gambar & laporan – Kosmo! Online