Lembu Korban ‘Mengamuk’, Polis Terpaksa Tembak Sebelum Disembelih Segera

POLIS terpaksa menembak mati tiga ekor lembu yang mengamuk selepas lari bagi mengelak disembelih dalam kejadian di Lampung Tengah, Pulau Sumatera, lapor portal berita Tribunnews.com.

Tiga lembu yang ditembak kelmarin adalah dari Kampung Mekarjaya, Kampung Tanjungjaya dan Kampung Cimarias.

Penduduk setempat yang gagal mengendalikan haiwan itu, meminta polis menembak lembu-lembu tersebut selepas seorang daripada mereka hampir menjadi korban kerana ia bertindak ganas.

Ketua polis setempat, Feriyantoni berkata, kejadian berlaku ketika lembu-lembu tersebut hendak disembelih selepas solat sunat Hari Raya Aidiladha.

Ketika Feriyanto dan anggota-anggotanya memburu haiwan itu, seorang penduduk lain memberitahu, terdapat dua ekor lagi lembu korban yang lari dan ditemui berada di kawasan berdekatan.

Ketiga-tiga ekor lembu itu kemudian ditembak oleh pihak polis.

Feriyantoni berkata, beliau kemudian meminta supaya semua haiwan tersebut segera disembelih selepas ditembak. 

Sumber gambar – Sinar Harian | Sumber laporan – Kosmo Digital