[Video] ‘Gila Punya Healing’ Netizen Geram Lihat Sekumpulan Individu Piknik di Tanah Perkuburan

Satu video tular membangkitkan kemarahan netizen apabila sekumpulan invididu dilihat berkelah di tanah perkuburan.

Kejadian yang dipercayai berlaku di negara seberang. Dalam video berdurasi 30 saat itu memaparkan sekumpulan individu dilihat sedang bergembira sambil sakan bernyanyi di tanah perkuburan.

Malah, mereka turun membentang tikar, membawa makanan dan juga ‘speaker’ besar untuk bergembira di situ.

 

Rata-rata netizen menganggap ia satu tindakan yang tidak beradab.

“Yang ni melampaulah kan

“Kalau gini masuk alam kubur jelah, senang!

“Dunia ahkir zaman. Manusia buta hati. Buta agama. Allahuakbar.

“Selalunya manusia sakit otak, tapi ni sakit akal,” antara komen netizen selepas menonton video tersebut.