Tom Hanks pelakon Hollywood pertama positif Covid-19

Selepas ahli politik Pelakon Hollywood terkenal, Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson menjadi selebriti pertama didunia yang didapati positif Covid-19.

Mengesahkan perkara itu dalam satu ciapan di akaun twitternya sebentar tadi, berkata beliau dan isteri tidak berapa sihat pada ketika tiba di Australia dari Amerika Syarikat.

Hanks and Wilson, yang keduanya berumur 63 tahun kini berada di Australia untuk penggambaran filem. Memegang watak Colonel Tom Parker dalam filem
Yang masih belum mempunyai tajuk itu ketika ini filem tersebut masih belum menjalani apa-apa penggambaran.

“Hello semua. Saya dan Rita kini berada di Australia . Kami berdua berasa sedikit letih dan beberapa bahagian badan sakit. Malah kami juga mengalami sejuk dan sedikit demam.

“Dalam memastikan semuanya berada dalam aturan yang betul kami membuat ujian Coronavirus dan mendapati kami positif.

Cukup positif dalam keadaan ini. Hanks memberitahu dia dan isteri akan mengikuti setiap garis panduan yang dikeluarkan pihak berwajib.

“Jadi apa yang akan berlaku sekarang, ada protokol yang dikeluarkan petugas kesihatan yang perlu kami ikuti. Kmi berdua akan membuat pemeriksaan dan mengasingkan diri selama mana pihak masyarakat dan kesihatan awam memerlukan. Kami akan terus berkongsi perkembangan terbaharu, “ tulisnya.