TIGA individu memecah masuk sebuah kedai kasut yang terletak di tengah bandar Huancayo, Peru sebelum melarikan lebih 200 kasut, lapor akhbar New York Post semalam.
Bagaimanapun, barang curi itu bernilai sekitar AS$13,000 (RM57,674) itu tidak dapat dijual kerana semua kasut yang dilarikan adalah untuk kaki kanan.
Pencuri itu mungkin sukar menjual kasut-kasut tersebut melainkan pembeli tiada kaki kiri.
Berdasarkan klip video yang dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV), tiga pencuri itu memecah masuk pada waktu tengah malam dan menggunakan basikal roda tiga untuk melarikan kasut berjenama itu.
“Kami telah mengumpul bukti di tempat kejadian.
“Perkara yang luar biasa mengenai rompakan ini ialah kasut dari kaki kanan sahaja telah dicuri.
“Dengan rakaman dan cap jari, kami akan dapat mengesan individu tersebut,,” kata Ketua polis tempatan, Eduan Díaz.
Sumber gambar – TVS | Sumber laporan – Kosmo Digital