Tiga kembar seiras bercinta dengan lelaki sama, rancang langsung perkahwinan

Tiga kembar seiras bercinta dengan lelaki sama, rancang langsung perkahwinan

TIGA beradik kembar seiras di Kenya menjadi perhatian ramai selepas mengaku bercinta dengan lelaki yang sama.

Lebih mengejutkan, ketiga-tiga mereka merancang untuk mengahwini jejaka tersebut, lapor Kosmo.

Cate, Eve dan Mary atau lebih dikenali sebagai ‘Komrad Kembar Tiga’ bercinta dengan Bigman Stevo selepas  ‘melamar’ lelaki itu untuk keluar bertemu janji dengan ketiga-tiga mereka sekaligus.

Cate adalah yang pertama melihat Stevo  dan memberitahu kepada adik-beradik kembarnya tentang lelaki itu.

“Saya pernah melihat Stevo di YouTube dan pada suatu hari, saya memberitahu Mary mengenainya. Dia mengaku menyukai Stevo dan ketika saya menunjukkan wajah Stevo kepada Eve pula, dia juga meminati lelaki itu,” kata Cate.

Pasangan kembar tiga itu kemudian jatuh cinta kepada Stevo selepas mereka keluar temu janji dan mengenalinya hati budi masing-masing.

Mereka mengakui tidak pernah berasa cemburu kerana telah menyusun jadual bagi memastikan masing-masing mempunyai masa yang sama banyak untuk diluangkan  bersama Stevo.

Sumber: Kosmo