Terkandas di Iran, Alex Yoong Berharap Dapat Pulang ke Tanah Air Dengan Selamat

Bekas pelumba Formula 1 (F1) negara, Alex Yoong memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar dia dan keluarganya dapat pulang ke tanah air dengan selamat esok.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alex Yoong (@alexyoongf1)

Memetik laporan Stadium Astro, Alex Yoong yang juga merupakan Pengarah Perlumbaan Kejuaraan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) E-sport 2024 terkandas di Tehran, Iran susulan lapangan terbang di negara itu terpaksa ditutup berikutan serangan ke atas Israel baru-baru ini.

“Harap-harap kami dapat pulang esok, doakan kami selamat,” katanya ringkas ketika dihubungi Stadium Astro.

Sumber : Stadium Astro