“Syurga banyak pintu laluan” masjid sangkar ini mencuri tumpuan

Masjid sangkar ini merupakan Projek seni yang berjudul “ syurga banyak pintu laluan”. Cukup indah bagaimanapun ia adalah sebuah replika masjid yang berasal dari Arab Saudi.

Merupakan hasil karya Ajlan Gharem yang juga merupakan seorang guru matematik, tentunya masjid sangkar ini mempunyai makna yang cukup mendalam buat dirinya.

Diperbuat dari bahan yang sama seperti pagar yang dipasang pihak berkuasa barat untuk menghalang pelarian dari memasuki negara mereka untuk mendapatkan perlindungan. Selain itu juga sangkar yang digunakan sama seperti penjara tentera di Teluk Guantanamo yang sebelum ini menempatkan ramai tahanan Islam.

Ternyata apa yang mahu dibawakan Ajlan melalui karyanya cukup berat. Tetapi bagi mereka yang menyaksikan sendiri masjid ini pasti memberi makna berbeza mengikut persepsi masing-masing.

Tentunya bagi penulis melihat masjid yang hanya diperbuat dari sangkar ini mengingatkan kita bagaimana Islam itu sendiri adalah agama yang cukup telus.

Sementara itu hasil karya Ajlan ini dipamerkan di Vancoucer’s Vanier Park untuk dua tahun sebelum dibawa pulang kembali ke Arab Saudi.