Home Berita Semasa Sukan Pelumba F1 wanita ini akhirnya dedah kisah ‘gelap’ penaja minta gambar separuh...

Pelumba F1 wanita ini akhirnya dedah kisah ‘gelap’ penaja minta gambar separuh bogel

PELUMBA Formula 1 (F1) Emma Kimilainen akhirnya buka mulut kisah silam berlaku hampir 10 tahun lalu.

Menurut Kimilainen, 31, dia bersara seketika selama lima tahun selepas menamatkan satu kejohanan pada kedudukan kelima pada 2009.

Dedahnya, dia telah diminta bergambar separuh bogel oleh pasukannya.

Rupa-rupanya, pasukan itu ditaja oleh sebuah syarikat majalah lucah.

“Mereka mahu gambar saya berbikini dan tak berbaju. Saya tanya, apa sebenarnya berlaku?

“Kemudian saya sedar rakan kongsi pasukan saya merupakan sebuah majalah erotik. Saya tolak permintaan itu.

“Hari ini, permintaan itu kedengaran cukup mengarut. Tapi 10 tahun lalu berbeza,” ujarnya merujuk kepada hak wanita dalam industri.

Katanya lagi, hal itu juga hampir membuat dia bersara sepenuhnya dan tidak lagi berlumba.

Sumber: mstar