Pegang kemaluan pelajar dan paksa pelajar pegang kemaluan, guru madrasah mengaku tidak bersalah tiga tuduhan amang seksual

SEORANG guru madrasah mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melakukan perbuatan lucah dan amang seksual terhadap bekas pelajarnya dua tahun lalu di dua mahkamah berasingan hari ini.

Syamsul Zaman Sukri, 32 tahun didakwa atas perbuatan itu terhadap pelajarnya berusia 15 tahun di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan secara amang seksual yang telah meraba mangsa di lokasi sama pada 22 Ogos 2018 sekitar jam 10 pagi.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh telah membuatkan mangsa kanak-kanak itu memegang kemaluannya.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 14 akta sama yang boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua orang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan tersebut dan menetapkan tarikh 28 Januari sebagai sebutan semula kes.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga di Mahkamah Majistret Machang, Syamzul Zaman dikatakan telah bertindak memegang kemaluan seorang lelaki berusia 22 tahun di lokasi dan tarikh sama.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amal Razim Alias di .

Kesalahan tersebut dilakukan di Kampung Awah, Paloh Rawa, Machang sekitar jam 1 pagi pada Mei 2018.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dan tarikh 1 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh difahamkan telah membayar ikat jamin bagi kedua-dua mahkamah tersebut. – TheNewsMalaysia