Padah tunjuk alat sulit dan beron*ni depan isteri jiran, lelaki mabuk maut dipukul dengan kayu

SEORANG lelaki menerima balasan serta merta gara-gara melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya dan juga melakukan onani di hadapan seorang wanita.

Dalam kejadian pada 3 Disember lalu di Tanete Riattang Timur, wilayah Bone di Sulawesi Selatan, lelaki yang dikenali sebagai Balanda, 40, maut dipukul oleh suami kepada wanita berkenaan.

Dikhabarkan lelaki itu mabuk dan masuk ke dalam rumah wanita tersebut lantas melakukan perbuatan tidak senonoh berkenaan.

Unit Siasatan Jenayah Polis Bone, Ardy Yusuf berkata, wanita tersebut kemudian menghubungi suaminya agar segera pulang ke rumah, malah dia turut memberitahu salah seorang ahli keluarga si pelaku.

“Ketika suami wanita itu pulang, dia segera mendapatkan si pelaku yang masih berada dalam rumahnya, tetapi lelaki itu mahu memukulnya dengan batu.

“Dengan spontan, suami wanita itu mengambil kayu lalu memukul lelaki berkenaan di bahagian kepala mengakibatkannya mati,” katanya.

Suami wanita berkenaan berjaya diberkas polis selepas tiga jam.

Sumber: mstar, news.detik