Ketua Pembangkang Korea Selatan Lee Jae-myung Ditikam Ketika Sidang Media

Ketua pembangkang Korea Selatan Lee Jae-myung cedera ditikam di leher pada sidang media di Busan pada Selasa.

Lee yang juga ketua parti demokratik ditikam pada sebelah kiri oleh seorang lelaki Ketika sesi soal jawab bersama media dalam lawatannya

Video menunjukkan detik ketua pembangkang Korea Selatan Lee Jae-myung ditikam di leher tular di media sosial.

Menurut laporan, suspek mendekati Lee untuk meminta autograf dan berpura-pura sebagai penyokong ahli politik itu. Suspek ditahan serta merta di tempat kejadian.