Keluarga sambut hari lahir sambil beri semangat pada gadis positif Covid-19 dari luar rumah buat warganet terharu

TIDAK dinafikan, bagi sesetengah pesakit yang dijangkiti Covid 19, ada diantara mereka yang hanya perlu membuat pengasingan diri dan kuarantin di rumah.

Terbaru, tular sebuah video dikongsi oleh seorang pengguna @nays1919 di media sosial yang memaparkan sebuah keluarga sedang memberi semangat kepada seorang gadis yang sedang melakukan kuarantin kendiri kerana telah disahkan positif Covid-19.

Melalui video berdurasi 37 saat tersebut, keluarga gadis itu memang kelihatan bersemangat bersorak untuk memberi sokongan moral kepadanya sambil membawa belon dan hadiah.

Menurut @nays1919, hari itu merupakan ulang tahun kelahiran gadis berkenaan tetapi disebabkan tidak dapat menyambut bersama, mereka sekeluarga beramai-ramai cuba memberi semangat sekaligus berharap ‘imunisasi’ badan saudara perempuannya itu lebih baik dan sihat segera.

Apa yang menarik, walaupun mereka menyambut kelahiran gadis yang terpaksa dikuarantinkan itu di luar rumah. Ahli keluarga mereka tetap menjaga jarak satu sama lain dan juga tetap menggunakan pelitup muka.

Dalam pada itu, jika dilihat reaksi gadis berkenaan melalui tingkap biliknya, dia kelihatan terkejut dan hanya mampu melambaikan tangan sambil menatap keluarganya dengan penuh terharu.

Wah! memang terbaik kan! Anda semua pun jangan lupa jaga diri dan sentiasa patuh SOP ya!