Jururawat ini botakkan kepala elak dijangkiti virus wuhan

Seorang jururawat di hospital Universiti Wuhan memilih untuk membotakkan kepala dalam usaha mengelakkan dirinya dijangkiti novel coronavirus.

Shan Xia, 30, yang juga merupakan ibu kepada dua anak adalah antara mereka yang berada dalam pasukan perubatan yang kini berada di daerah paling teruk mengalami wabak berbahaya ini.

Jelasnya selain mengelakkan jangkitan virus ini membotakkan kepala juga menjimatkan masa untuk dirinya menukar pakaian keselamatan yang diwajibkan dipakai sepanjang memberi rawatan kepada pesakit.

Sementara itu setakat ini kematian yang diakibatkan virus ini sudah mencapai 80 orang selain beribu lagi disahkan dijangkiti.

Pihak kesihatan negara China juga turut mengarahkan ribuan doktor dan pakar perubatan untuk ke daerah Wuhan dalam membantu pesakit di sana.