[ VIDEO ] Pelik, Ikan Berwajah Manusia Jelas Hampiri Tebing Tasik

Sememangnya kita dikelilingi dengan pelbagai perkara pelik yang boleh terjadi pada setiap hari. Walau bagaimanapun, perkara peIik yang dihadapi dapat memberikan pengalaman baru kepada setiap orang. Seperti yang berlaku di China, pengunjung di sebuah tasik menjumpai seek0r ikan yang menyerupai wajah manusia.

Menurut lap0ran media tempatan, ikan luar biasa itu ditemui oleh pengunjung di Miao Village yang terletak di bandar Kunming, China. Dia telah berjaya merakam kelibat ikan berkenaan ketika ia menghampiri tebing tasik.

Rakaman yang berdurasi 15 saat itu telah pun dimuat naik ke dalam media sosial dan ianya berlegar pantas di seluruh dunia.

Namun, sememangnya diketahui sejak dahulu lagi bahawa ikan jenis Carp itu mempunyai rupa manusia di bahagian kepalanya.

Tetapi, ikan yang berjaya dirakam oleh pengunjung di China itu dikatakan antara satu-satunya ikan Carp yang paling mirip dengan wajah manusia.

Ikan Carp yang paling mirip dengan wajah manusia