[ Video ] Nenek Ajar Kucing Cucunya Basuh Pinggan, Lihat Aksinya Si Comel Ini Yang Sangat Menceriakan Ini.

Kucing merupakan haiwan yang sering menceriakan hari kita. Ada sahaja telatah dan gelagat yang cuba ditunjukkan si bulu ini sampaikan ada kalanya membuat pemilik rasa pelik.

Mungkin itu yang dirasai oleh pemilik kucing ini apabila kucing milik cucunya dilihat menunjukkan aksi pelik setiap kali dia mencuci pinggan di sinki.

” Ini kucing cucu saya Rebecca. Lihat apa kucing ini lakukan bila saya sedang mencuci pinggan,” tulis Sandra di Facebook.

Video berdurasi 1:45 ini sehingga kini viral mendapat jumlah tontonan melebihi 3.2 juta di Facebook. Soo cute!

 

Sumber – Facebook – Sandra Queiroz Bolos