Undian TikTok Awards Khairul Aming Cecah 1 Juta, Meninggalkan Boss James, Ceddy Di Belakang

Foto: Kontraktor Bina Rumah kabin

Kuala Lumpur: Selebriti media sosial, Khairul Aming kini mendahului jumlah undian menerusi pencalonannya dalam kategori Creator of the Year di acara TikTok Awards Malaysia 2023 dengan jumlah undian mencecah satu juta.

Jumlah undian itu sekali gus mendahului pesaing-pesaingnya dalam kategori sama iaitu Boss James, Lawyer Gandhi, Auntie Purple, Ceddy dan Sally Whoo.

Aming ketika ditemui baru-baru ini ditanya mengenai harapannya apabila disebut-sebut bakal ‘menang besar’ di acara anugerah yang julung kali diadakan itu berkata, dia gembira kerana acara ini adalah sebagai tanda penghargaan buat pembina kandungan (content creator).

“Tak mahulah berjanji manis, tapi harap-harap, bolehlah menang nanti. Apabila tercalon pun saya rasa sangat gembira kerana ini adalah acara yang diadakan untuk ‘content creator’ sahaja.

“Sebagai ‘content creator’, saya dah masuk tahun kelapan dan ada anugerah khas, jadi terima kasih kepada pihak TikTok atas penganjuran acara ini,” katanya kepada Harian Metro.

Selain kategori itu, TikTok Awards Malaysia 2023 juga mempertandingkan 12 kategori lain iaitu Rising Star of The Year, Celebrity Creator of the Year, Popular Creator of The Year, LIVE Creator of The Year, Creator of The Year, Popular Animation Account of The Year, TikTok Shop Creator of The Year, Best of Fashion & Beauty, Best of Entertainment, Best of Gaming, Best of Sports, Best of Education dan Best of Foodie.

TikTok Awards Malaysia 2023 akan berlangsung pada 27 Ogos ini dan akan disiarkan secara langsung di TV3 serta platform TikTok Malaysia.

Sumber: Harian Metro