“Kejap ye bang, customer mintak 2nd round” – Ditemui mati kekejangan, tembelang suami lacurkan isteri berusia hingga ke hujung nyawa akhirnya terbongkar

PECAH tembelang. Penemuan mayat seorang wanita berusia 41 tahun di dalam bilik sebuah hotel di Daerah Depok Barat, Indonesia akhirnya membongkar perbuatan keji si suami yang tergamak melacurkan isterinya sendiri bagi melayani nafsu serakah lelaki berhidung belang sehingga mati, lapor The Reporter.

Dalam kejadian yang berlaku pada 13 September lepas, siasatan polis mendapati mangsa yang dikenali sebagai DP sebelum itu sedang melayani pelanggannya, suspek seorang lelaki berusia 25 tahun dikenali sebagai AP di bilik hotel, sementara suaminya menunggu di dalam kereta di perkarangan hotel ketika kejadian.

Sebelum itu, mangsa sempat menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada suami serta memaklumkan dia terpaksa melayani suspek untuk kali kedua. Si suami kemudian mendesaknya untuk segera menyelesaikan nafsu pelanggannya itu kerana dia sudah mengantuk.

“Kejap ye bang, customer yang tadi tu mintak tambah lagi untuk 2nd round,” kata isterinya.

PENEMUAN mayat seorang wanita berusia di sebuah hotel di Indonesia rupa-rupanya membongkar tembelang dia sebenarnya dilacurkan suami sendiri. – Gambar hiasan

Si suami kemudiannya membalas dia akan terus menunggu di dalam kereta. Namun, setelah hampir dua jam berlalu, isterinya masih belum datang semula ke kereta sedangkan dia biasanya selesai melakukan perbuatan itu selama 15 minit. Si suami mulai gelisah dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan isterinya.

Rupa-rupanya, mangsa sudah terkulai layu di tilam dengan kepalanya terjuntai ke bawah. Suspek segera keluar dari bilik dan mahu melarikan diri dengan menunggang motosikal.

Melihat si suspek bergegas keluar, si suami terus meluru masuk ke bilik untuk memeriksa keadaan isterinya dan terkejut apabila mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.

Si suami segera mengejar suspek yang kebetulan masih belum berganjak dari kawasan parkir. Dia terus menangkap suspek dan meminta lelaki itu bertanggungjawab.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, mangsa yang baru selesai melayani suspek kemudiannya bersiap-siap mahu beredar. Namun, oleh kerana masih berasa bertenaga, suspek kemudian meminta ‘tambah’ dan mangsa menuruti kemahuan lelaki berhidung belang itu.

SUSPEK ketika dicekup pihak berkuasa Indonesia selepas insiden itu. Gambar kredit: Riauaktual.com

Semasa sedang melakukan hubungan intim itu, mangsa mengalami kekejangan dan terjatuh dari tilam sebelum tidak sedarkan diri. Panik melihat apa yang berlaku, suspek segera memakai pakaiannya lalu keluar dari bilik hotel.

Menerusi laporan agensi berita tempatan, Ketua Polis Daerah Depok Barat, Kompol Rachmandiwanto dilaporkan berkata, tiada sebarang tanda-tanda kekerasan ditemui pada mayat mangsa.

“Dua telefon pintar milik mangsa juga ditemui pada suspek,” kata Rachmandiwanto.

Sumber: The Reporter