Kecoh najis tercicir ketika bas isi minyak, tiada siapa mengaku sehingga semua penumpang disaman

Kecoh najis tercicir ketika bas isi minyak, tiada siapa mengaku sehingga semua penumpang disaman

GARA-gara tiada yang mengaku, seluruh penumpang sebuah bas persiaran di Indonesia disaman apabila pihak berkuasa mengesan ada najis yang ‘tercicir’.

Perkara itu berlaku ketika bas tersebut berhenti untuk mengisi minyak.

Menerusi paparan video yang tular di laman TikTok itu, pihak berkuasa dilihat bertanya tentang najis yang tercicir itu.

@anbowr

Perkara t*i ghaib ini ga bisa jalan dahh #tai

♬ DJ I m Addicted To – DJ Bambu


Bagaimanapun tiada seorang pun tampil untuk bertanggungjawab.

Justeru, pihak berkuasa telah mengeluarkan saman terhadap semua penumpang.

@anbowr

PART 2 ini perkara yg blm ada ujungnya akhirnya pada patungan #spbuviral #ngakakparah

♬ DJ I m Addicted To – DJ Bambu


Melalui perkongsian individu tersebut juga, terpapar tulisan yang menegaskan tandas di dalam bas itu hanya boleh digunakan untuk membuang air kecil.

Rata-rata pengguna laman sosial turut meluahkan rasa terkejut akan sistem kumbahan yang dibuang terus ke luar bas tanpa sebarang tadahan.

Mereka juga berpendapat tiada yang mengaku bertanggungjawab kerana rasa malu.