Isteri Maki, Tampar Suami Sedang Bermesraan Dengan Wanita Lain Di Restoran

Foto : Kosmo

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang isteri bersemuka dengan suaminya yang ‘ditangkap’ sedang bermesraan bersama wanita lain, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.beriita. 

Berdasarkan rakaman, wanita berkenaan dilihat memaki-hamun suaminya dan kekasih lelaki itu di sebuah restoran. 

Bukan sekadar menjerit sehingga didengari orang ramai, dia bahkan menampar pipi suaminya di tempat awam.

“Mungkin wanita itu pemain bola tampar, aturan masanya tepat dan bunyi tamparannya begitu kuat,” demikian menurut kapsyen video tersebut.

Klip video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Bagus isterinya, tidak menyalahkan orang ketiga,” komen seorang netizen.

“Ini yang sepatutnya berlaku, yang ‘dibantai’ suami sendiri,” komen netizen lain. – Agensi