Balenciaga perkenal beg beli-belah menyamai plastik Tesco, harganya cuma RM5,000

JENAMA fesyen mewah terkemuka, Balenciaga, sekali lagi menarik perhatian apabila memperkenalkan rekaan beg beli-belah terbaharunya yang dikarakan mirip seperti beg plastik Tesco keluaran tahun 1980-an.

Aksesori yang dikeluarkan sebahagian daripada koleksi Musim Bunga 2022 itu dijual pada harga £925 (RM5,113), lapor Kosmo.

Ia diperbuat menggunakan kulit anak lembu yang dicetak pada kertas serta mempunyai zip untuk menutup bahagian atas dan di dalam beg.

Reka bentuk nostalgia tersebut diinspirasikan daripada beg plastik Tesco yang sudah tidak digunakan kini.

Belanciaga berkata, rekaan aksesori itu merupakan tafsiran moden bagi sebuah beg asas.

Sebelum ini, jenama yang beribu pejabat di Paris itu pernah diselar kerana menghasilkan koleksi beg yang menyamai beg beli-belah Ikea.

Sumber: Kosmo