“Allah bagi nikmat berjalan balik, ko rampas suami orang” OKU didakwa rampas suami kawan baik sendiri terima kecaman warganet

Siapa sangka rakan baik yang sudah dianggap sebagai adik kandung sendiri adalah penyebab rumah tangga yang dibina selama 11 tahun musnah begitu sahaja.

Berkongsi apa yang berlaku ke atas dirinya seorang wanita dengan nama Facebook Hanna Baa memberitahu perkenalan dengan seorang wanita bernama Yaya pada mulanya tidak menimbulkan sebarang syak wasangka.

Berpewatakkan baik pada mulanya menurut Hanna apa yang cukup mengecewakan dirinya apabila suami dan wanita itu menjalinkan hubungan ketika dia sedang mengandung sehingga berpantang.

Malah apa yang cukup menyakitkan hatinya apabila suaminya dan wanita itu turut berkahwin secara senyap-senyap di selatan Thailand pada 6 Januari lalu.

Sementara itu difahamkan wanita berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Yaya itu adalah orang kelainan upaya (OKU).

 

Merupakan Tokoh Maal Hijrah Orang Kurang Upaya (Perempuan) pada majlis sambutan Maal Hijrah 1440 Hijrah/2018 peringkat negeri Terengganu Haziqah Nurulhuda Harun.

Sementara itu Yaya juga pernah tular sebelum ini melalui kisahnya yang mampu berjalan semula selepas 9 tahun menggunakan kerusi roda selepas menunaikan umrah.

Malah ketika ini juga Instagram Yaya turut menerima kecaman warganet yang turut terkesan apa yang berlaku ke atas Hanaa.

Maaf kalau posting ini menganggu, hanya utk kesedaran kaum wanita dan pesanan agar korg berjaga-jaga dengan org sekelilingi.

 

Kebahagiaan saya harini musnah kerana terlampau percayakan org yg sangat rapat dgn saya.
Setiap kali menemani suami ke class marketing di KL, saya kesian melihat dia keseorangan dan tak ada kawan..saya cuba utk mendekati dia dan berkawan dgnnya.. Atas alasan simpati itu juga lah, dia mengambil kesempatan terhadap kebaikan saya..

Bayangkanlah seorang isteri tidak pernah ada rasa syak wasangka langsung yg mereka akan menjalinkan hubungan cinta diam2 dibelakang saya. Kerana saya melayan baik, menyokong dan menganggap dia seperti adik kandung saya sendiri, perempuan yg saya panggil nama YAYA. Malahan saya menyayangi dia dengan ikhlas, tak pernah sedetik melihat kekurangannya, sentiasa mendengar rintihannya tapi tanpa saya sedar, dibelakang saya dia bercinta dengan suami saya..

Allahuakbar!
Saya salahkan kedua duanya.

 

 

Tergamak mereka semasa saya mengandung, melahirkan dan ketika sedang berpantang, mereka berhubungan dibelakang saya tetapi dalam masa yg sama perempuan yg sy anggap adik berpura- pura baik didepan saya. Ya Allah beratnya dugaan saya kali ini…. Sungguh tergamak mereka…

Sedangkan dia tahu saya punya keluarga yg bahagia dgn 3 cahaya mata, tapi dengan sekelip mata hancur berderai gara2 ditikam sahabat baik dari belakang seperti ini.

Jika mengenangkan kembali kebaikan yg saya lakukan utk mereka, sejujurnya hati saya hancur dan kecewa dilakukan sebegini rupa..
Saya tidak dpt nak membalas segala perbuatan mereka kerana saya percaya Allah itu Maha Adil.

Kepada kawan2 diluar sana,beringatlah supaya nasib anda semua tak jadi seperti saya..jgn pernah percaya kepada seseorang walau baik mana pun penampilan mereka. Saya sudah merasakan sampaikan saya terduduk, terkesima dan merasakan dunia seakan berhenti berputar. Tapi saya harus bangun dan kuat demi 3 cinta hati saya ❤

Untuk kamu yang telah melukakan hati, terima kasih…

Abang,
Terima kasih banyak2 atas rasa cinta yg kita bina selama hampir 11 tahun ni.
Susah senang yg kita lalui bersama ketika dulu, kini hancur..
Abang berjaya sekarang, dan abang memilih kebahagiaan bersama dia..
Sedangkan sayang tiada apa2 yg nak dibanggakan…

Saya percaya perjalanan yg Allah aturkan itu sentiasa terbaik, saya redha jika hari ini saya diuji dgn ujian yg besar ,sy yakin pasti ada sinar bahagia menanti esok hari.

I wish nothing but the best for you, saya mengundur diri….
Assalamualaikum.