Taman tema MAPS di Ipoh, tutup operasi

Tidak sampai empat tahun beroperasi taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) kini ditutup buat pengunjung.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

MAPS yang terletak di Ipoh Perak, mula dibuka pada Jun 2017. Dibangunkan dengan kos RM520, taman tema itu kini ditutup buat sementara waktu.

Melalui laporan media sebelum ini syarikat yang mengendali taman tema tersebut Animation Theme Park (ATP) Sdn Bhd gagal membayar balik bayaran prinsipal berjumlah RM25.7 juta kepada Affin Hwang Investment Bank Bhd (Affin Investment).