Selepas dua bulan koma, mangsa ragut akhirnya hembuskan nafas terakhir. Tinggalkan anak berusia 8 bulan.

Hampir dua bulan bertarung nyawa seorang mangsa ragut yang sebelum ini kritikal di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang akhirnya meninggal dunia.

Menerusi perkongsian laman Facebook Penang Kini, NurFarahdila Zulkifli sebelum ini menjadi mangsa ragut pada 23 November tahun lalu.

Difahamkan arwah terjatuh dari motosikal yang dinaikinya ketika diragut dan menyebabkan kecederaan parah.

Pada hari kejadian mangsa yang juga dalam perjalanan ke tempat kerja menjadi mangsa peragut sehingga menyebabkan tiga bahagian di leher mangsa patah selain bengkak di kawasan jari dan koma.

Paling menyedihkan NurFarahdila juga yang juga seorang ibu kepada bayi berusia lapan bulan.

NurFarahdila bersama bayinya

Kini anaknya itu bukan sahaja akan dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu tetapi juga diusia semuda itu, anaknya juga tidak sempat menyimpan sebarang memori dengan ibunya sendiri.

Perkongsian Penang Kini

Semalam, telah kembalinya seorang mangsa ragut kepada PeciptaNya.. akibat kecederaan terjatuh dari motorsikal selepas diragut..

Sejak kejadian pada 23 Nov 2019 di Seberang Jaya yg lalu.. arwah yang kritikal dirawat di Hosp Seberang Jaya ,Wad 8..
Beliau mempunyai seorang anak lelaki yg baru berusia 8 bulan.. ?Kesian anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa telah kehilangan ibu.

Nurfarahdila Zulkifli Amin yang menjadi Mangsa Kes Ragut di Seberang Jaya pada tarikh 23/11/2019 tempohari telah menghembuskan nafas akhir pada semalam

Mohon semua dengan seikhlas hati dapat membaca surah Al Fatihah selengkapnya sebagai satu sedekah jariah buat dirinya.

Admin Mengucapkan Salam Takziah,banyakkan bersabar dan redha di atas ujian dari Allah SWT ini. Mohon semua sedekah kan bacaan Surah Al-Fatihah dan doakan untuk arwah…

Ajal dan maut sememangnya di tangan Allah, namun kekejaman peragut bukan sekadar meragut harta, malah telah meragut nyawa dan ibu kepada anak kecil ini. Moga selepas ini peragut dikenakan hukuman sekerasnya.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. آمِيّنْ