Polis siasat video lucah didakwa melibatkan pendakwah bebas

POLIS akan menjalankan siasatan terperincing berhubung dakwaan penularan video lucah membabitkan pendakwah terkemuka di negara.

Memetik laporan Malaysia Gazzete, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Bagaimanapun difahamkan pihak polis enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut.

Isu berkenaan dikatakan hangat menjadi perbualan netizen di laman sosial berhubung spekulasi dakwaan berkenaan.

Malah beberapa pengguna media sosial turut mendedahkan beberapa mangsa yang dikatakan menjadi mangsa individu sama.

Setakat ini, tiada sebarang pihak yang tampil menyangkal dakwaan tersebut.

The News Malaysia akan mengikuti rapat kes tersebut sementara menantikan kenyataan yang bakal dikeluarkan pihak polis.