Nampaknya impian rakyat Malaysia untuk merasai Program Subsidi Petrol (PSP) pada Januari depan terpaksa ditangguhkan apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail mengumumkan pelaksanaan PSP yang dijadual bermula Januari 2020 tidak diteruskan dahulu.
Melalui kenyataan akhbar yang dikongsi melalui laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan pengumuman PSP yang dibuat pada 7 Oktober lalu merupakan manifesto Kerajaan Pakatan Harapan namun perlaksanaan ini terpaksa ditangguhkan kepada tempoh tertentu untuk memberi ruang .
1. Sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini.
2. Proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan. Sementara menunggu konfirmasi pelaksanaan PSP ini diumumkan kemudian, rakyat akan terus menikmati harga petrol sepertimana sistem sekarang.
Sementara itu melalui laman Facebook yang sama Saifuddin Nasution juga turut menjelaskan kenyataan kerajaan untuk mengapungkan harga petrol RON95 secara berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan juga akan ditangguhkan sekaligus memberi ruang buat pengguna untuk menikmati sistem yang sama seperti sekarang.