Pelakon Big Bird Meninggal

Kehadiran watak burung besar kuning dahulu yang dikenali sebagai Big Bird dalam rancangan kanak-kanak Sesame Street cukup dekat dengan jutaaan penonton siri ini diseluruh dunia.

Semalam merupakan hari yang sedih buat rancangan popular ini apabila apabila boneka, Caroll Spinney yang membawa watak Big Bird dan Oscar the Grouch ke layar perak selama lebih separuh abad, meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Menerusi kenyataan daripada Sesame Workshop, Spinney menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Connecticut selepas mengalami sejenis gangguan saraf dikenali sebagai ‘dystonia’, menyebabkan pergerakan otot sukar dikawal.

Pelakon itu bersara daripada Sesame Street tahun lalu, selepas memilih sendiri pengganti bagi membawa watak Big Bird dan Oscar.

Sementara itu dalam satu kenyataan Spinney kepada The New York Times lama dahulu memberitahu, beliau melakonkan watak Oscar the Grouch dengan mengambil inspirasi daripada seorang pelayan restoran yang biadab dan pemandu teksi di New York.