Gagal dihubungi keluarga, mayat seorang lelaki ditemui

POLIS menemui mayat seorang lelaki di Empire City, Damansara hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan pada jam sekitar 4.16 petang hari ini.

Menurutnya lagi, kali terakhir mangsa keluar dari rumah adalah pada 25 Mac lalu.

“Mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Seksyen U9 Shah Alam sehingga kejadian ini,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Mangsa juga dikatakan gagal dihubungi pihak keluarganya sejak pada tarikh terakhir mangsa dikatakan keluar untuk mencari makan.

Setakat ini, polis masih meneliti punca sebenar kejadian.