Faizal Azumu bakal jadi TPM?

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan seolah-olah bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) menerusi ucapan terakhirnya sebagai Menteri Besar Perak seakan memberi isyarat.

“Jumpa di Seri Satria nanti”, katanya sambil ketawa kecil sebaik sahaja selesai berucap.

Seri Satria merujuk kepada kediaman rasmi bagi Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

Setelah apa yang berlaku di Perak, wujud beberapa dakwaan mengatakan Ahmad Faizal bakal diberikan jawatan di dalam kabinet.

Beliau yang juga merupakan Adun Chenderiang, hilang majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya ketika sidang DUN perak.

Perkara itu sekaligus, menjadikan jawatannya sebagai Menteri Besar di negeri itu gugur selain beliau turut menghadap Tuanku Sultan Perak bagi memaklumkan perkara tersebut.

Most Popular