Melihat perniagaan sebagai sumber utama rezeki keluarga, menurut Shuib Sepahtu dia tidak akan berputus asa dalam untuk terus berusaha dalam bidang yang dianggapnya masih baru buat dirinya ini.
Jelasnya proses pembelajaran sebagai seorang usahawan itu tidak sekadar menunggu keuntungan ke atas usaha yang dilakukan. Jelasnya antara resepi utama yang perlu ada dalam diri seorang usahawan adalah untuk sentiasa fokus selain tidak mengambil mudah dengan sedikit kejayaan yang datang.
Tambahnya antara pelajaran paling perit dilaluinya pada awal tahun ini cukup membuka matanya sebagai seorang ahli perniagaan.
Melihat sendiri bagaimana orang yang dipercayainya tidak menjalanan amanah sehingga menyebabkan dia kerugiaan jutaan ringgit menyebabkan dia cukup berhati-hati kini.
“Pada tahun pertama perniagaan saya nampak semuanya berjalan dengan lancar. Jadi pada tahun kedua saya hanya memantau dari jauh selain percaya dengan orang yang dilantik untuk menjalankan perniagaan itu.
“Melihat ada masalah dengan pernigaan ketika itu membuatkan saya tidak percaya dengan apa yang berlaku. Malah lebih teruk segala usaha saya selama ini juga bagaikan musnah begitu sahaja,”katanya yang turut sedih dengan apa yang dilaluinya.
Tidak mahu menjadikan apa yang berlaku ini sebagai alasan untuk terus tunduk. Pada suku kedua tahun ini Shuib bukan sahaja lebih bersedia selain itu juga turut lebih berani meneroka pernigaan baharu.
“Pengalaman ini mengajar saya untuk sentiasa ambil tahu apa juga berlaku dalam perniagaan. Jangan ambil kesempatan untuk melepaskan tanggungjawab ke atas orang lain.
“Sebab kealpaan saya itu membuatkan saya belajar sesuatu yang sangat sukar. Namun kini selepas beberapa bulan saya sendiri lihat pengalaman lalu itu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati,” katanya.