Berani Bangkit Kisah Travelog Penuh Inspirasi

Bukan sekadar program travelog, apa yang membezakan program berjudul Berani Bangkit dengan kisah percutian di luar sana adalah bagaimana dalam program ini kelak penonton mampu memahami sendiri ilmu tentang pelaburan.

Mencari kelainan ini dalam mencipta persepsi yang lebih baik untuk mereka yang sebelum ini tidak memahami bagaimana itu pelaburan saham.

Kongsi Asri Ahmad yang juga pengasas Asri Ahmad Academy dia melihat ini sebagai cara untuk mendekatkan mereka diluar sana dengan pengetahuan baharu dunia pelaburan.

“Bukan mudah untuk mendidik masyarakat terutamanya orang Melayu kerana terdapat stigma berhubung pelbagai penipuan dalam skim pelaburan.

Jadi, saya mengambil peluang dengan menghasilkan sebuah program televisyen iaitu Berani Bangkit bagi menarik perhatian masyarakat untuk ubah kehidupan dan menambahkan pendapatan,” jelasnya.

Mempunyai pengalaman hampir 21 tahun dalam bidang pelaburan idea untuk menghasilkan program ini juga lebih kepada untuk membantu mereka di luar sana.

Malah jelasnya melihat sendiri kisah benar beberapa peserta yang terlibat dalam program ini juga menjadi antara intipati utama Berani Bangkit.

Kami memilih lokasi di Pulau Jeju untuk siri pertama program ini. Terdapat 8 episod untuk musim pertama dan kami sudah merencanakan untuk musim kedua pula,” katanya.

Dalam setiap episod juga penonton bukan sahaja dihidangkan dengan keindahan Pulau Jeju tetapi juga kisah inspirasi setiap peserta.

Setiap episod ia akan menampilkan seorang individu yang diundang untuk berkongsi tentang kejayaan mereka dalam bidang pelaburan dan kemudian akan diselitkan pula dengan ilmu-ilmu tentang pelaburan yang patuh syariah,” ujarnya.

 

Berani Bangkit akan mula bersiaran di saluran Astro Oasis setiap hari Sabtu pukul 9.00 malam bermula pada 14 Disember 2019 depan.