Akhirnya POCO F4 GT ‘mendarat’, ini sesi buka kotak & ulasan penuh!

Akhirnya POCO F4 GT ‘mendarat’, ini sesi buka kotak & ulasan penuh

YA! POCO F4 GT sudah mendarat! Untuk siri ulasan ‘THE NEWS TECH’ kali ini, penulis akan memberi ulasan terperinci mengenai telefon pintar terbaharu keluaran POCO ini.

‘Unboxing’

POCO F4 GT didatangi dengan kotak berwarna kuning dan juga hitam dengan tulisan POCO F4 GT di bahagian kiri, cetakan logo 5G di bahagian atas kiri dan logo POCO di bahagian bawah kanan kotak.

Kemudian di bahagian tepi kotak pula dipaparkan spesifikasi serta varian warna yang anda pilih.

Seperti biasa, buka sahaja kotak, terdapat kotak yang lebih kecil mengandungi ‘SIM ejector pin’, panduan asas, panduan keselamatan serta kada waranti.

Yang menariknya, turut disertakan ‘USB-C to headphones jack dongle’ dan ‘clear phone case’. Mantap!

Dan pastinya, ada telefon pintar itu sendiri dalam kotak tersebut.

Hadir sama ialah ‘USB-A to a USB-C cable’ yang unik di mana palamType-C tersebut dibina dengan sisi tepi, lain daripada kebiasaan.

Turut disertakan ialah ‘120-Watts Smart HyperCharge adapter’. Padu!

Binaan & Rekaan

Pandangan pertama penulis apabila melihat sahaja rekaan POCO F4 GT ini ibarat… Wow telefon pintar jenis apa ni?!

Apa yang boleh dikatakan, warna ‘Knight Silver’ pilihan penulis merupakan salah satu keterujaan paling unik yang pernah dilihat tahun ini! Warna perak tersebut hampir mirip warna perisai Thanos!

Bahagian belakang POCO F4 GT didatangi dengan kemasan ‘frosted finish’ di bahagian kiri dan kanan

Ada yang lebih unik! Reka bentuk lampu denyar kamera POCO F4 GT datang dengan rekaan simbol ‘flash’. Lain macam!

Secara pandangan mata kasar, rekaan ’camera bump’ pula bersaiz sederhana dan ia tidak akan menyebabkan POCO F4 GT kelihatan ‘aneh’ jika diletak secara mendatar.

Selain Knight Silver, POCO F4 GT turut hadir dengan pilihan warna ‘Stealth Black’ dan ‘Cyber Yellow’. Dan semestinya, Cyber Yellow merupakan warna yang cukup sinonim dengan jenama POCO.

Dengan berat kira-kira 210 gram, POCO F4 GT tidak terasa begitu berat mahupun ringan. Secara keseluruhan, terasa begitu selesa dan ‘solid’ apabila memegangnya.

Antara perkara unik lain mengenai POCO F4 GT ialah salah satu pembesar suaranya yang hadir dengan rekaan ‘speaker grills’, manakala satu lagi pembesar suara diletakkan menghala ke atas bersama dengan ‘IR Blaster’.

Di bahagian kiri POCO F4 GT, terdapat slot dwi-kad sim. Bermakna tiada lagi slot MicroSD tambahan. 

Selain sensor ‘fingerprint’ dan ‘power button’ yang terletak di bahagian sisi kanan, POCO F4 GT juga didatangi bersama ‘Magnetic pop-up trigger buttons’ yang bukan sahaja berfungsi sebagai butang permainan video, malah ia boleh ditetapkan untuk melancarkan aplikasi kamera, merakakam video, rakaman skrin atau audio, menyalakan lampu suluh malah boleh ditetapkan untuk menukar antara mod senyap dan ‘vibrate’

Penulis memang teruja dengan butang istimewa ini yang sentiasa timbul tiap kali digunakan. Memang mudah!

Kemudian di bahagian hadapan, anda boleh nikmati kecantikan skrin rata yang datang dengan perlindungan Corning Gorilla Glass Victus bersama lubang kamera di bahagian atas tengah skrin.

Secara keseluruhan bagi kualiti binaan POCO F4 GT ini, penulis merasakan cukup wajar untuk memberi markah A+. Mantap POCO!

Paparan

Bagi paparan pula, POCO F4 GT datang dengan paparan AMOLED bersaiz 6.67 inci bersama ‘2400 x 1080 FHD+ resolution’ dengan nisbah 20:9.

Ia bukan sahaja hadir dengan kadar denyar sehingga 120Hz, malah penyesuaian ‘Dynamic Mode’ turut disertakan bagi penjimatan bateri. Anda juga boleh memilih untuk menggunakan kadar denyar antara 60Hz mahupun 120Hz mengikut keperluan.

Seperti jangkaan, menonton video dengan teknologi ‘DCI P3 wide color gamut’ dengan ‘HDR 10+’ memang membawa keterujaan.

Langsung tiada masalah menonton Netflix dengan paparan ‘Widevine L1’ dengan HD penuh mahupun HDR.

Berapa cerah paparan POCO F4 GT ni? 800 nits! Memang sempurna di mata penulis. Ia jua hadir dengan fungsi kecerahan automatik yang memberi tindak balas bagi mendapatkan kecerahan tepat.

Anda kaki vidoe game? Dengan 480Hz touch sampling rate, memang tiada masalah!

Kamera

Seterusnya, perincian kamera bagi POCO F4 GT adalah seperti berikut:

  • 64-megapixel f/1.9 IMX686 sensor bagi kamera utama.
  • an 8-megapixel f/2.2 lensa ‘ultrawide’, 
  • and a 2-megapixel f/2.4 lensa makro.

Kamera depan pula hadir dengan lensa 20-megapixel f/2.4. Phew!

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat diambil penulis.

Rakaman Video

Lensa belakang sahaja boleh merakam sehingga 4k 60 frames per second (FPS), manakala jika menggunakan lensa ‘ultrawide, ia boleh merakam sehingga 1080p 30 fps.

Namun rakaman menggunakan kamera hadapan hanya mampu merakam sehingga 1080p 60 fps. Kami mahukan lebih lagi POCO!

Spesifikasi

Dan pastinya, POCO F4 GT hadir dengan chipset 4nm Snapdragon 8 Gen 1 5G Chipset. Demo kenal bare!

Bagi RAM pula, ia datang dengan RAM sebanyak 8GB bersama tambahan 3GB virtual ‘memory’  dan menggunakan sepenuhnya LPDDR5 RAM.

POCO F4 GT juga hadir dengan pilihan storan sama ada 128GB atau 256GB UFS 3.1. Pilih la mana yang berkenan…

Perisian

Bagi perisian pula, ia hadir bersama ‘MIUI 13.0.2 for POCO’ dan Android 12!

Penulis yang berkesempatan menggunakan POCO F4 GT selama beberapa hari merasakan perisian ini cukup lancar tanpa sebarang isu.

POCO F4 GT yang memang direka khas untuk keperluan ‘gamers’ hadir dengan ‘LiquidCool Technology 3.0’.

Dan semasa asyik melayan permainan video, pembesar suara yang hadir dengan teknologi Dolby Atmos serta menyokong audio Hi-Res kedengaran begitu sempurna.

Bateri

POCO F4 GT hadir dengan bateri sebesar 4700 mAh. Penulis merasakan ia sudah memadai, jika ia datang dengan saiz 5000 mAh, mungkin POCO F4 GT akan kelihatan lebih tebal dan berat.

Dan perlu diingati, ia sebenarnya mengandungi ‘dual-cell battery’,  bermakna secara teknikalnya dua bateri digabungkan bagai mencapai kuasa 4700 mAh.

Ia turut menyokong pengecasan ‘120W HyperCharge’ yang hadir bersama dalam kotak pembungkusan. Iya! Tak perlu lah beli pengecas berasingan…

Malah POCO F4 GT merupakan telefon pintar pertama keluaran POCO yang mampu mengecas daripada 0 ke 100% dalam tempoh hanya 17 minit! WOW!

Manakala hanya 27 minit diperlukan untuk pengecasan penuh jika anda menggunakan POCO F4 GT untuk bermain permainan video dalam masa sama.

Pendek kata, memang berbaloi-baloi jika anda sedang berkira-kira untuk mendapatkan telefon pintar baharu sempena Aidilfitri yang bakal tiba beberapa sahaja lagi!

Berikut adalah senarai harga POCO F4 GT:


Malaysia – Early Bird Price (RRP)
8+256: RM1,999 (RRP: RM2,299)
12+256: RM2,199 (RRP: RM2,499)

Dapatkan POCO F4 GT melalui pautan di bawah:-

Pautan Shopee:
8+256 
https://invol.co/claji6v(Shopee)
12+256 
https://invol.co/claji78 (Shopee)

Pautan Lazada:
8+256 
https://invol.co/claji87 (Shopee)

Terima kasih kerana membaca!- adamlobo.tv