Tiada Rahsia Antara Kami – Wawa, Aeril

Sama cantik sama padan ternyata pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sentiasa menjadi perhatian ramai.

Malah melalui perkongsian kehidupan mereka di laman sosial juga tidak dinafikan menjadi inspirasi buat peminat mereka.

Namun dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri tidak dinafikan ada juga cubaan untuk menduga kesetiaan yang perlu dilalui mereka. Malah sebagai isteri kepada seorang pelakon kacak, kata Wawa dalam soal ini dia tidak pernah sangsi dengan dengan kesetiaan suaminya.

Alhamdulillah sepanjang berkahwin dengan Aeril kami melalui pelbagai proses bersama. Daripada anak pertama bagaimana kehidupan kami itu berubah membuatkan saya sangat menghargai kehadirannya.”

Macam Aeril sendiri dia tidak berahsia. Kalau ada apa-apa seperti ada orang “DM” di Instagram juga dia akan tunjukkan kepada saya. Kadang saya yang tidak ambil tahu,” katanya.

Sementara itu Aeril pula memberitahu sebagai seorang selebriti dia sentiasa bersikap natural dalam melayani peminatnya.

Kalau ada yang DM saya memang balas, sebab saya anggap itu adalah peminat saya.”

Sebab kalau tak balas nanti di cop sombong pula,” katanya.

Sementara itu pasangan ini juga bakal menimang anak ketiga mereka pada bila- bila masa.