Tam Spider Tegur Artis Baru Jaga Sikap, Jika Ada Masalah Bersemuka Bukan Perli Memerli Di Media Sosial

Foto : iluminasi

Penyanyi Tam Spider menasihati artis-artis baharu supaya lebih berhemah menggunakan media sosial dan tidak menjadikan medium itu sebagai tempot meluahkan rasa tidak puas hati.

Tam atau Rustam Mustafah, 50, berkata, dia merasakan jika ada masalah perlu diselesaikan sebaik-baiknya berjumpa secara berdepan berbanding mengeluarkan kenyataan di media sosial.

“Sebelum nak bercakap apa-apa adalah lebih baik berjumpa secara berdepan.

“Jangan sebarangan muat naik status perli orang sana perli orang sini… saya tak galakkan perkara itu.

“Saya harap pendatang-pendatang baru janganlah buat macam itu,” katanya kepada mStar.

Sumber : Mstar