Jarang ‘Flex’ Harta, Ada Pula Pertikai Kekayaan John Lemon Jual Air

Foto : FB

Usahawan John Lemon tidak tertarik mengikut jejak langkah usahawan lain dengan menunjukkan kemewahan diri di media sosial bagi membuktikan dia berjaya dalam perniagaan.

John atau Azri Zahier Azmi sebaliknya berkata, dia tetap berpegang kepada prinsip iaitu terdapat beberapa perkara yang perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

“Pada saya tak manislah… saya lebih suka tunjuk perjalanan dalam perniagaan.

“Kalau tunjuk harta macam kereta, esok orang boleh beli, lagi kaya lagi banyak kereta dan tak akan founder nak kena beli jet pejuang untuk jadi usahawan paling hebat?

“Sebab itu saya lebih suka tunjuk cara hidup, memasak atau bersukan di media sosial,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, John sempat mengulas isu keselamatan untuk konsert Hausboom 2023 selepas terdapat kontroversi seperti meludah dan baling gitar semasa konsert Hausboom 2022.

“Sebenarnya setiap tahun punya konsert kita sudah ada garis panduan tapi disebabkan artis dan band kita ni terlalu bersemangat kadang-kadang mereka tak perasan dan ia luar kawalan kami.

“Ya kami akan beri talimat pada mereka apa yang boleh dan sebaliknya,” ujarnya.

Sumber : Mstar