Utama Hiburan

Jisoo (Blackpink) dedah keluarga pernah layan seperti orang asing, gelar dirinya ‘monyet’!

4381

KUMPULAN sensasi K-pop Blackpink kembali menjadi sebutan apabila sebuah rancangan dokumentari mengenai perjalan seni mereka dilancarkan beberapa hari lalu menerusi platform penstriman Netflix.

Dokumentari Blackpink: Light Up The Sky memaparkan kisah perjalanan mereka sejak menjadi pelatih dibawah kendalian syarikat YG Entertainment sehinggalah peluang untuk mengadakan persembahan ni Festival Muzik Coachella di Amerika Syarikat.

Namun yang lebih menarik perhatian penonton adalah pendedahan salah seorang ahlinya kumpulan yang terkenal dengan lagu How You Like That iaitu Jisoo yang mendedahkan dia pernah dilayan seperti orang asing dah digelar hodoh.

Jisoo dedah pernah digelar sebagai monyet.

Lebih teruk, Jisoo atau nama sebenarnya Kim Ji-soo, 25, juga digelar sebagai monyet oleh keluarga terdekat dek kerana penampilannya sewatu usia muda.

Jisoo dengan penuh emosi berkongsi perkara itu kepada jurusoleknya.

Jurusolek Jisoo menenangkan keadaan.

Jurusoleknya bagaimanapun berjaya menenangkan emosi Jisoo dengan menjelaskan dia kini merupakan antara individu paling jelita.

Jisoo turut dihujani kata-kata semangat daripada peminat Blackpink yang menggelar diri mereka sebagai Blinks di laman sosial selepas pendedahannya mendapat perhatian ramai.

Jisoo dihujani kata-kata semangat daripada Blinks.

Sumber: Koreaboo

Baca juga:   Zul Ariffin kembali ke IG manakala Remy Ishak padam semua gambar di IG

SEBARANG KOMEN