“Aku Dah Cerai, Best Day Of My Life” – Zarina Anjoulie

DAH bercerai ke? Pada Julai tahun lalu, pelakon yang penuh kontroversi, Zarina Anjoulie telah menamatkan zaman bujang dengan kekasih hatinya, Eilyas Azhar atau lebih mesra dipanggil Yas, lapor portal Oh Media.

Berita perkahwinan mereka ini mula tersebar selepas pelakon tersebut memuat naik beberapa keping gambar dan video ketika majlis akad nikah yang diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan ketika itu.

Bagaimanapun, menerusi posting terbaru di Instagram sebentar tadi, Zarina Anjoulie memaklumkan dia sudah bercerai dengan suaminya selepas kira-kira enam bulan berkahwin. Biar betul ni?

Perkongsian Anju di Instagram

Perkongsian ini pastinya mengejutkan ramai pihak kerana Anju dan suaminya dilihat sangat bahagia dan sering berdua ke mana-mana. Malah, tempoh perkahwinan mereka juga belum sampai usia setahun.

Apa-apa pun, didoakan semoga urusan pelakon ini dipermudahkan. Kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan?

sumber: Oh Media