Sasha Elite nikah minggu hadapan

Selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Sasha Saidin bakal bernikah minggu hadapan seorang duda anak dua.

Melalui laporan Barita Harian, ketika ini dia juga masih sibuk dengan persiapan perkahwinannya selain sudah memilih sebuah lokasi di ibu negara.

Hanya mahukan sebuah majlis yang sederhana kata Sasha dia hanya mementingkan amalan wajib sahaja.

“Sehari sebelum majlis akad nikah, keluarga menganjurkan majlis khatam al-Quran,” katanya.

Sementara itu Sasha memberitahu dia juga bakal berhijrah ke Asia Barat untuk mengikuti bakal suaminya selepas berkahwin kelak.

Hanya mahu bakal suaminya itu dikenali dengn nama ‘Mr W’ tambah Sasha melalui laporan media sebelum ini wajah bakal suaminya itu juga hanya akan didedahkan pada majlis pernikahannya.