[Video] Puteri Sarah Hisap Vape Semasa Tiktok Live, Pembantu Tampil Beri Penjelasan

 

Tindakan Puteri Sarah Liyana yang menghisap rokok elektronik atau vape ketika siaran langsung di Tiktok mengejutkan peminat.

Bagaimanapun, pembantu Puteri Sarah yang dikenali sebagai Acu tampil menjelaskan situasi sebenar kejadian. Menurut Acu, vape miliknya itu dibeli di Jakarta dan tidak mempunyai sebarang nikotin. Acu juga memohon maaf kerana tiada niat untuk mengajar Puteri Sarah perkara yang buruk.

Ketika siaran langsung, Sarah sedang rancak bersembang dan membebel mengenai salah seorang pekerja yang melarikan duitnya.

“Tadi PSL bising-bising, Acu suakan ini (vape)

“Acu minta maaf sebab terbagi PSL benda ni. Ni kesilapan Acu. Minta banyak-banyak,” jelasnya dalam siaran langsung tersebut.

Sarah juga menegaskan vape yang dihisap Sarah tidak mempunyai nikotin dan hanya mempunyai perasa seperti shisha.

 

@kelmahmatnor jgn kecam sarah ye…#puterisarahliyana #andyarsyil ♬ bunyi asal – kelmahmatnor