Populariti bukan jaminan, pelakon senior tapau habis kategori di ASK 2019

Para Pemenang ASK2019

Malam Anugerah Skrin (ASK) yang berlangsung malam tadi telah memperlihatkan drama Di Sisi dan filem One Two Jaga mendominasi setiap kaktegori masing-masing.

Anugerah yang dijalankan setiap tahun ini juga telah memperlihatkan gandingan pasangan-pasangan popular Tanah Air sebagai pengacara ASK.

Senior² Genggam Trofi

Namun begitu, pada ASK tahun ini, para pemenang dilihat telah didominasi oleh pelakon-pelakon senior negara yang sememang tidak dapat disangkal kehebatan mereka di layar perak mahupun kaca televisyen.

Ini dijelaskan menerusi kemenangan Faizal Hussein dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama dan Amyza Aznan menerusi kategori Pembantu Wanita Terbaik Drama.

Semua memang layak menang!

Boleh kata, sebahagian besar pemenang kali ini adalah mereka yang sememagnya layak menggengam trofi ASK kerana mutu lakonan yang hebat tanpa perlu bergantung kepada populariti semata-mata.

Antara pelakon yang tidak perlu diperdebatkan lagi kehebatan lakonan mereka adalah seperti pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama, Nabila Huda, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian, Fizz Fairuz.

Pemenang-pemenang lain yang juga para pelakon senior dalam industri juga telah mengungguli kategori-kategori masing-masing dengan lakonan hebat mereka menerusi drama mahupun filem.

Dr. Rosdeen Suboh – Pelakon Lelaki Terbaik Filem

Zara Zya – Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian

Zahiril Adzim – Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik Filem

Ruzaidi Rahman – Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama

Anugerah Skrin 2019 ii telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur dan dipancarkan secara langsung di TV3. ASK2019 telah ditonton bermula jam 9.00 malam pada 1 November 2019.

Sumber : TV3 Malaysia