Peminat Rindu Gabungan Tuju Dengan K-Clique, Harap Dapat Tamatkan Sengketa

ISU persengketaan antara K-Clique dengan bekas ahli kumpulannya, Tuju bukan perkara baharu untuk dibahaskan.

Bahkan, bahang sengketa mereka kembali membara apabila Tuju tidak hadir ke majlis perkahwinan MK baru-baru ini.

Mungkin hati masih panas tetapi untuk segelintir peminat mereka, perkara itu tidak seharusnya berlaku dan mereka berpendapat, Tuju tidak profesional.

Tidak seharusnya lemparkan kata negatif kepada sebelah pihak sahaja. Mungkin dia ada alasan tersendiri mengapa tidak hadir walaupun sudah dijemput.

Cuma ramai yang mengharapkan mereka akan berdamai dan tamatkan segera permusuhan. Ramai rindu nak dengar karya hebat mereka ketika bersama seperti dulu.

Tak elok bergaduh lama-lama, saling berbalas lagu. Kalau boleh selesaikanlah cara baik, lakukanlah segera.

Sumber gambar & laporan – Kosmo! Online