Nadia Brian Kini Milik Muizz Nasruddin

Pelakon cantik Nadia Brian sah bergelar isteri kepada, Muizz Nasruddin yang juga seorang ahli perniagaan sebentar tadi.

Nadia dan Muizz yang mengikat tali pertunangan pada 4 Mei lalu sepatutnya bernikah pada 19 September lalu. Bagimanapun menunda tarikh tersebut pada hari ini.

Sementara itu beberapa hari lalu juga Nadia turut membuat laporan polis ke atas sebuah blog hiburan.

Melalui artikel bertajuk ‘Simpan Sikit Maruah Untuk ke Liang Lahad’ jelas Nadia memberi kesan buruk kepada kredibilitinya sebagai pelakon dan usahawan. Selain itu juga artikel itu turut didakwa menjejaskan persiapan majlis perkahwinannya yang berlangsung hari ini.