“Tengok diri dalam cermin sama ada sesuai untuk menghukum” Aliff Aziz kecewa terus jadi sasaran kecaman

Kembali menjelaskan apa yang dilaluinya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz menerusi status menerusi Insta Stories miliknya semalam mengakui melakukan perkara yang memalukan orang tersayang.

Walaupun status ini tidak dapat dipastikan ada kaitan dengan insiden baru-baru ini yang memperlihatkan seorang lelaki mirip Aliff melakukan provokasi di tepi jalan di Singapura. Namun Aliff nampaknya lebih cuma menjelaskan apa yang sedang dilaluinya kini.

Aliff, 29, antara lain menjelaskan, dia tidak berhutang apa-apa penjelaskan dengan mereka di luar sana. Selain itu tambah Aliff walaupun mereka di luar sana melihat dia menjalani kehidupan yang teruk namun apa yang penting dia masih kuat dengan nilai agamanya.

“Keep laughing at my pain. Yes, i fuc*ed up. I brought it upon myself. But trust me, walk in my shoes and you’d probably fall the first step.

“Yes, i shamed my loved ones. Noone knows my predicament. Its okay. I dont owe anybody explanation. Not preaching, but for as long as i live Allah and no matter how screwed up people think of me i am still his servant,” tulisnya.

Tidak mahu menolak berasa kecewa dengan sikap mereka di luar sana yang terusan melemparkan pelbagai tuduhan kepada dirinya. Aliff juga meminta agar mereka turut melihat kesalahan diri sendiri sebelum mahu terus menghukumnya.

“Its funny how people claim to be Muslim yet they run their mouth like they are best of servants. Reflect yourself in the mirror and see if you are fit to judge. Noted to self too. No offence. All love.

”Rezeki semua tangan Tuhan. Jangan sedap hina nanti terkena batang hidung sendiri baru rasa padannya,” tulis Aliff panjang lebar.

Sementara itu Aliff juga turut memadamkan kesemua gambarnya di dalam IG.

Apa juga yang dilalui Aliff semoga dia dapat mengharunginya dengan baik. Semoga bakat yang ada pada Aliff juga akan dikembalikan kepada peminatnya.

Most Popular

Polis terima tujuh laporan setakat ini, kini guru pula mendakwa dirogol pendakwah selebriti

POLIS mengesahkan menerima satu lagi laporan berkaitan kes rogol melibatkan seorang pendakwah selebriti, menjadikan tujuh laporan polis telah diterima setakat ini.

Alhamdulillah… Siti Nurhaliza umum hamil anak kedua

SPEKULASI tentang dirinya yang dikatakan berbadan dan akhirnya terjawab apabila penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan dia kini...

Doktor didakwa ‘copek’ organ mangsa kemalangan maut, jual dalam pasaran gelap

ENAM orang individu dilaporkan telah dipenjara di China selepas didapati ‘memburu’ keluarga mangsa kemalangan dan menipu mereka untuk mendermakan organ ahli keluarga...

“Tenang is good” – Janda hadir perkahwinan baharu ‘ex-shuben’ selepas sebulan diceraikan

SEORANG wanita di Indonesia hadir pada majlis perkahwinan bekas suaminya kerana ingin membuktikan bahawa dia tidak terkesan dengan pernikahan tersebut, lapor Kosmo!