Didakwa tak move on, seluruh ‘kerabat’ Mira serang MV Danial Zaini

UMPAMA drama bersiri siaran petang… Itu yang boleh digambarkan tentang ‘sesi perbalahan’ di ruangan komen single Ku Tak Rela nyanyian pelawak dan penyampai radio Danial Zaini.

Semuanya bermula apabila seorang pengguna Youtube yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Amira’ dan mengakui dia ialah bekas kekasih Danial seperti yang dipaparkan dalam jalan cerita klip video lagu viral tersebut.

Hi Danialni Amira. Kenapa kena buat video bagai semua ni?

You tak move on lagi ke? Please lah, you deserve someone better but not me,” tulis Amira.

Dalam pada itu, individu tersebut turut mempersoalkan kewajaran Danial yang menyelitkan gambar kad perkahwinannya dengan suami dalam klip video Ku Tak Rela.

Amira juga menegaskan dia sudah hidup bahagia dengan pasangan pilihannya.

Tangkap layar komen-komen yang ditinggalkan di klip video Ku Tak Rela.

“Perlu ke tayangkan gambar kad kahwin tuYou nak apa lagi?

“Cukup la, I dah bahagia dengan pilihan i dan harap u bahagia,” tegas Amira.

Bagaimanapun kenyataan tersebut disangkal seorang lagi pengguna Youtube iaitu Fiza Amrin yang menjelaskan kenyataan tersebut datang daripada ‘Amira palsu’.

Fiza yang mengakui dia merupakan kawan rapat kepada ‘Amira yang sebenar’ turut mempersoalkan tindakan Danial yang seakan-akan tidak move on dengan kisah silam.

“Assalamualaikum, saya wakil from Mira dan merupakan kawan baik kepada Mira. Malah saya tahun tentang hubungan mereka dua tahun lalu. Saya nak jelaskan akaun Youtube ‘Amira’ sebelum ini adalah akaun palsu.

“Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak namun ia merupakan salah Danial sendiri yang seakan-akan belum move on.

“Orang tu dah selamat mendirikan rumah tangga, kenapa perlu ungkit cerita lama?

“Malah gambar kad kahwin yang digunakan memang kad jemputan yang sebenar tetapi Danial langsung tidak meminta izin kepada Mira untuk digunakan dalam klip video lagunya,” tulis Fiza.

Danial dituduh tak move on.

Lebih dramatik, seorang individu yang mengakui dirinya sebagai suami Mira dengan tegas meminta Danial menghormati rumah tangga yang telah dibina mereka.

Individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Farid itu meminta Danial berhenti daripada menjaja kisah silam bersama isterinya.

Hello bro! Saya Farid dan saya suami Mira. Saya nak contact awak tapi awak block nombor kami. Saya sebagai suami dia terkilan dengan apa yang awak paparkan tanpa pengetahuan kami.

“Saya taknak tahu apa yang terjadi antara awak dengan Mira dahulu, tapi tolong hormati perasaan saya sebagai suaminya. Tolong berhenti jaja cerita ini,” tulisnya.